Tuesday 14 October 2014

No Bra Day? Anda Berani?

No Bra Day? Anda Berani?


October 13th, No Bra Day.


#NoBraDay menjadi #trending semalam, baik dalam Google Trends, Twitter, Facebook dan laman-laman sosial. Malah pada hari ini pun, No Bra Day masih trending di internet dengan hit 10,000+ carian. Namun, Amerika "menyambutnya" pada setiap 9 Julai. No Bra Day atau Hari Tanpa Bra "diraikan" sempena Breast Cancer Awareness Month yang disambut pada setiap bulan Oktober untuk meningkatkan kesedaran kepada awam terutamanya wanita tentang kanser payudara.


Photo: Pinned by Jessi Sinclair-Baker via www.pinterest.com

Sejarah No Bra Day


Menurut FoxNews, "sambutan tahunan" sejak 2011 ini diasaskan oleh breast cancer survivors and supporters. Tujuan asal ialah untuk menggalakkan wanita untuk tidak mengenakan bra selama sehari bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap kanser payudara dan sebagai sokongan kepada bekas pesakit kanser payudara.

Menurut The Huffington Post pula, gerakan No Bra Day ini dimulakan oleh seorang 'anon' dengan gelaran Anasthasia Doughnuts dengan tujuan asal untuk meningkatkan kesedaran awam berkenaan kanser payudara. Ada yang menganggap permulaan gerakan No Bra Day ini berasal daripada gerakan membakar bra pada sekitar tahun 1960-an, suatu gerakan rintis kepada kempen kesedaran kanser payudara kini. Namun, seperti kebanyakan sambutan lain, pengkomersilan telah menghasilkan sambutan No Bra Day tanpa dikaitkan dengan tujuan asal yang sebenar iaitu kesedaran kanser payudara.

Antara selebriti antarabangsa yang menunjukkan sokongan terhadap sambutan No Bra Day semalam ialah Kim Kardashian, Rihanna dan ramai lagi. Foto mereka? Tak perlulah...

No Bra Day Malaysia

Hari tanpa bra? Anda berani?


Rujukan:

http://www.foxnews.com/health/2014/10/13/set-your-girls-free-monday-is-national-no-bra-day/

http://www.huffingtonpost.com/2013/07/09/no-bra-day-2013-tweets-women_n_3568903.html

http://hollywoodlife.com/2014/10/13/celebrities-braless-kim-kardashian-rihanna-nicki-minaj/

No comments:

Post a Comment